Wednesday, April 18, 2012

porty training berepisod

assalamualaikum...

hari nih genap 2 minggu la abg muiz dilatih guna tandas..alhmdulillah dah tak terlepas atas carpet lg..mmm lega sikit mama nih...dah tak payah basuh cloth diaper banyak2...hehehe...malam pon kdg2 dia bangun kejut mama cakap nak pee...tp saya pakai kan diaper mlm...tkut jugak..sebenar nyer kalo ikut aturan tk boleh pakaikan...tp ini kan latihan cara saya..hahaha...saja nak mandai2...minta2 lepas nih prestasi akan semakin baik...insya Allah...

antara tips2 yang saya baca sebagai panduan...saya copy paste dari sini 

i)  Menanggalkan lampin
 
Misi pertama kita adalah untuk menyedarkan anak, bahawa terdapat satu “proses” yang sedang berlaku di bahagian perkumuhannya. Tekniknya adalah; Tidak memakaikan lampin sepanjang hari (tetapi, seluarnya mesti dipakai ya, ibu-ibu :) Anak-anak soleh tidak boleh diajar ber-telanjang, kerana ia akan mengikis perasaan malu)
Apabila dia ter-buang air kecil untuk pertama kali di dalam seluarnya, reaksi yang mungkin anda terima ialah:  melihat air mukanya yang terperanjat, ataupun menjerit memanggil anda kerana seluarnya telah basah, atau mungkin berlari ke tandas sambil berciciran “airnya” di sepanjang perjalanan.
Haa..sebab itulah, semua carpet dan tikar mesti digulung terlebih dahulu ye Jadi, mudahlah untuk kita bersihkan kotorannya. Dan pastikan, anda tidak menunjukkan wajah yang marah, sedih atau berputus asa, kepada anak tatkala dia ter-kucil di luar tandas. Malah, inilah peluang BESAR anda untuk mengajarkannya; apabila terasa hendak membuang air kecil, pergilah ke tandas. Berikan senyuman dan dorongan kepadanya, serta tunjukkan yang anda yakin pada kemampuannya :)
Apabila anak anda telah “sedar” tentang proses ini (meskipun anda terpaksa mengelap kotoranya beberapa kali..huhu), dia akan LEBIH CEPAT belajar dan mudah dilatih untuk ke tandas. Maka percayalah, anda telah pun selangkah ke arah kejayaan! :)

ii)  Mengatur waktu ke tandas
 
walaupun memang kita ‘sengaja’ mahu anak kita, sekurang-kurangnya pernah sekali, ter-kucil di dalam seluarnya. Tetapi, dalam masa yang sama, kita turut melatih cara sebenar untuk ke tandas.
Tetapkan masa, seperti: setiap 15 minit, ajak anak anda ke tandas untuk membuang air kecil. Bagi merangsang proses pembuangan air kencing berlaku, ajak anak ber-cangkung, basahkan kemaluan dengan air  atau membuat bunyi-bunyi seperti ” shhh…”.
Sekiranya anda dapati 15 minit adalah tempoh yang terlalu singkat untuk anak anda, maka anda boleh panjangkannya ke arah 20 minit atau 30 minit. Namun selepas dipanjangkan tempoh tersebut, anak anda sempat pula ter-kucil di luar tandas, maka pendekkan kembali masa tersebut.
Walaupun dia tidak mahu membuang apa-apa semasa berada di dalam tandas, tidak mengapa. Ajarkan anak cara-cara membersihkan kemaluannya dan ambillah peluang ini juga, untuk mengajarkan anak adab-adab ke tandas. Baca doa sebelum masuk ke tandas, masuk tandas menggunakan kaki kiri, memakai selipar di dalam tandas, keluar tandas dengan kaki kanan dan lain-lain.
Lakukan teknik ini dengan suasana yang ceria dan menggembirakan. Elakkan paksaan atau meninggikan suara sewaktu mengajak anak ke tandas. Aktiviti ini mungkin agak memenatkan, tetapi yakinkan diri anda, bahawa sekiranya anda terus bersabar dan istiqamah melakukannya, maka anak anda akan CEPAT berjaya.

( yang teknik ke 2 nih,saya tk boleh buat sebab abg muiz taknak pegi bila saya suuruh hahahaha...so saya hanya ckp kat dia "if you want to pee,just go to the toilet" hahaha...)

iii)  Berikan ganjaran
 
Kanak-kanak sangat sukakan ganjaran. Mereka akan rasa lebih teruja untuk melakukan sesuatu sekiranya ada ganjaran. Ganjaran untuk latihan ke tandas perlu diberikan setiap kali anak “berusaha” untuk ke tandas (samada anda yang menyuruhnya, atau dia pergi sendiri ke tandas).
Cuba perhatikan betul-betul, yang saya highlight kan di sini adalah ganjaran untuk USAHA, bukan untuk hasil. Bukan mudah untuk anak kita menguasai sesuatu kemahiran. Oleh sebab itu, kita sebagai ibubapa harus menghargai usahanya, walaupun usaha yang tidak mendatangkan hasil. Lebih banyak penghargaan diberikan atas usaha, maka LEBIH CEPAT lah usaha itu membuahkan hasil.
Antara elemen ganjaran yang selalu dipraktikkan di serata dunia ialah dengan menampalkan pelekat (sticker) bintang kejayaan. Buatkan satu jadual latihan ke tandas yang berwarna-warni untuknya. Tampalkan di dinding rumah dan tuliskan di bahagian headline, “<nama anak> BERJAYA!!”  (Contoh: Ammar BERJAYA!!).
Setiap kali anak keluar dari tandas, bacakan headline tersebut dengan nada yang gembira. Lihat wajahnya, dan anda akan dapati dia tersenyum bangga melihat kejayaannya :)
Kemudian, ajak anak tampal bintang-bintang kejayaan di atas jadualnya. Katakan padanya, sekiranya bintang-bintang ini penuh sampai ke ruangan ini, ummi akan berikan hadiah. (Janjikan hadiah yang disukainya). Pasti ia akan lebih teruja untuk menambahkan koleksi bintang-bintangnya.

moga bermanfaat utk dikongsi bersama mama2 diluar sana..

:)

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..