Friday, March 22, 2013

Diarrhea

Assalamualaikum wbt
 
 
 
selamat bertemu kembali setelah sekian lama menyepi...di mana istiqamah saya utk menulis huhuhu...terlalu banyak benda yang berlaku dlm rumah lately nih...kami sebenarnya masih dlm cuti (spring break) perancangan kami spring break ni kami akan berjalan (I mean berkereta la..kalu jalan tktau la bila sampai tmpt yg nak di tuju kan..) merentasi 3 state (Kansas,oklahoma dan texas) dah siap segala persiapan ( frozen makanan,barang2 yg nak di bawa dan sebagainya) seronok rasa kan...kalu nak dikira ini vacation kali ke dua...road trip kami dijadualkan start pada hari jumaat 15 mac 2013)
 
oh..sesungguhnya Allah itu maha kaya..maha mengetahui...kita hanya merancang..Allah jugak merancang..dan sesungguhnya perancangan Allah itu lagi hebat....:) khamis pagi (14 mac 2013) suami saya menghntr muiz ke sekolah (Muiz ada field trip ke swimming pool) pkul 9 pagi..teacher Muiz call saya kat rumah mengkhbarkan berita yang bahawasanya Muiz kena dijemput balik kerana cirit birit dan demam...Allah Allah...so Muiz tk dpt ke Pool dan smuanya berubah..hehee
 
keje dia tido jerr
 
satu special abg muiz ni..bila dia demam..dia suka sgt bila letak kain basah atas dahi dan suka sgt makan ubat demam...hehehe senang nak jaga la banding aqilah...
 
inilah rupa abg muiz utk beberapa hari...maka terpaksa lah kami batalkan semua yg telah direncanakan tadi...sedih kan?? sedih tak?? sekali fikir sedih la..dua kali fikir...ada hikmah nyer semua ini...Ada hikmahnya Allah tk mengizinkan kami ke sana..semua yg berlaku ada hikmahnya...kan... kan.. kan...
 
5 hari Muiz tknak makan..cuma minum air jer..sesekali mintak+cereal+milk+strawbery...hari pertama,kedua berak dan muntah..hari ke 3 berak lagi tp dah tkde muntah..hari ke 4 ok dah..cuma demam jer..hari ke 5 ok dah smua tapi masih tkleh bangun...tkde tenaga..rupanya dia Dehyrated...kesian...bawak la ke emgncy...Dr kat sana masukkan air sebotol..(600ml) balik dari hospital tuh (tgh2 malam pkul 1 pagi) mintak nugget,mintak cereal dan mintak macam2 nak makan..hahaha lapooo rupanya..baru ada tenaga nak makan...orang ngantuk tkleh buka mata...saba jelah kan...bila anak demam sakit macam nih...mama tk punya banyak masa la utk mengadap laptop..asyik mengadap anak jelah...
 
ini pulak keje si aqilah...dah tkde kawan nak main..abis diselongkar mama punya barang...kesian tgok aqilah..main sorang2..ckp sorang2..kdg2 bercakap dgn baby elmo dia...nyanyi sorang2...huhuhu...
 
mula2 nak purse mama...dikelek ke sana ke mari...sila abaikan dinding rumah yg comot..semua tu kerja diorang la...kreatif yg terlampau..:)
 
pastu mintak wallet pulak..cara bawak tuh sebijik mcm mama bawak hahahaha anak mama
 
 
jadi kami bercuti spring nih di rumah la utk 5 hari pertama...lepas tuh barula tukar plan..tk boleh dah nak ke texas..baki cuti ada lagi 5 hari...Colorado je bolehlah...ke mana kami bercuti??? akan  bersambung ke siaran akan datang...jumpa lagi...
 
 
 




1 comment:

  1. moga abe Muiz cepat elok yea...& selamat bercuti K.siti...;)

    ReplyDelete

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..