Tuesday, March 5, 2013

duhai suami

Assalamualaikum wbt
 
petang yang indah bersama anak-anak di rumah...selesai menyiapkan dinner..santai bersama anak-anak..main game...coolmath...hehe rutin harian mama...jam 9 mlm baba pulang dari kelas...mama kenal cara baba ketuk pintu...biasanya lepas pintu di buka...ayat dia yang pertama ialah " "assalamualaikum CINTA"...hehhe ayat yg selalu mama rindu...muiz aqilah pon suka ayat tuh..."cinta"  hihihi...petang nih ayat tu tak kedengaran sesudah pintu di buka..mmmm sesuatu yang pelik...dia cuma memeluk aqilah yang meluru ke muka pintu...mama merenung ke mukanya...Nampak macam sedih..( teringat pesan orang-orang tua...bila suami balik keje...jgn cakap apa-apa..bagi dia tenang...,rehat..... bagi dia minum ke apa dulu..baru la boleh nak bercerita ke .....nak bertanya ke..hehehe...sebenarnya mama punya style..baba buka jer pintu terus bercerita..pot pet pot pet..banyak la benda nak diceritakan...yelah kan..dia selalu tkde kat rumah...setakat nih tkdelah dia merungut..hehehe)tapi kali ni nampaknya mama kena berhati-hati hihih...mama bagi baba masuk bilik...beberapa minit lepas tu..dia mula bercerita...mama hanya mendengar keluhan hati suami yang penat belajar...

STUDENT....belajar di usia yang sudah masuk separuh abad.....biasalah kan...kekadang menerima kritikan dari lecture...kekadang ada silap nya pada kajian yang di buat..maka ditegur...bukan salah menerima teguran..kekadang kesempitan masa kerana masa harus dibahagikan dengan belajar dan family..harusnya bersabar..bukan senang nak senang...kena terima segala macam kritikan..lumrah pelajar...

LECTURE..... cikgu-cikgi..lecture dan pendidik salah menggunakan teknik menegur menjadikan anak-anak murid sedikit kecil hati...lebih-lebih lagi anak murid yang sudah berusia mcm suami saya :)

ISTERI...inilah masanya isteri berperanan..menghiburkan hati suami di kala hatinya gundah gulana...menceriakan suami di kala hatinya sedih...memberikan senyuman penghibur supaya suami tenang melihat...
 
nasib baik malam tuh dinner kami mee celup..banyak baba makan hahaha...lepas stress dia kata..alhmdulillah,,,

 
 
 
 
moga Allah mengekalkan kebahagiaan ini hingga ke syurga amin...
 
p/s : suami isteri adalah sahabat sehidup semati,sahabat yang selalu berusaha untuk saling harga-menghargai,saling hormat menghormati,saling belajar untuk memperbaiki diri,berusaha mempelajari isi hati masing-masing,saling ingat-mengingati,dan suka memuji antara satu sama lain,sahabat yang adakalanya bermasam muka sementara, namun akan selalu berusaha untuk membuatkan sahabatnya bergembira.. :)
 
 
 
 


4 comments:

  1. mee celup tu macam mana? rasanya macam tak pernah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mee celup tuh macam mee sup jugak..cuma kita asingkan kuah sup daripada bahan lain...masuk smua dlm mangkuk baru masuk sup..satu lagi bezanya mee celup kita masukkan kacang Tanah tumbuk.mmm sedappp...jgn lupa taugeh...

      Delete
  2. suami isteri mesti ada gurau senda kan k.siti...barula ceria,hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah semestinya..kalu tkdok benda nak diguraukan..ckup la setakat ckp...you nih hensem la hari nih hihihhi...tp suami kak ti kalu kak ti ckp gitu..dia akan kata :hari nih je ke hensem? hari2 lain tk hnsem ek? hik hik..ckupla sekadar membuatkan kita berdua ketawa..:)

      Delete

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..