Tuesday, March 12, 2013

rehat rehat

Assalamualaikum wbt :)
 
 
 
salam sejahtera buat smua...skrg nih jam menunjukkan pkul 11.25 tghri waktu Colorado...(mlysia kalu tk silap 1.25 tgh malam) orang Malaysia tidur..orang Colorado bangun..hehehe..waktu ni saya sedang menikmati waktu rehat..baba bawak aqilah jemput abg muiz kat school..waktu rehat yang harus saya nikmati hehe...tanpa gangguan untuk 45 minit...minum kopi..letak atas meja sambil mengupdate blog,buka fb...buka email...rileks...semua benda nih tkkan dpt saya lakukan bila ada nya kanak2 riang kat rumah..tkleh minum kopi cicah biskut depan laptop..sat gi lencun laptop bila aqilah dan abg muiz tgok..hehe anak-anak kreatif...mcm2 benda nak dibuat...lagi satu boleh guna laptop abg muiz sebebasnya..kalu dia ada...tkde peluang mama..hihihihi...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
sekali sekala...mama-mama semua perlukan rehat mcm nih...terutama bagi yang  fully housewife...tenang...rilekkss..sekali sekala hilangkan stress kerja rumah..penat melayan anak-anak..bapak-bapak sekalian kena faham...ini bukan bermakna mama terasa terbeban dengan tanggungjawab tapi hanya untuk sekali sekala..kadang-kadang.jarang-jarang...tapi kalu selalu pulak anak-anak tkde kat rumah..boleh naik gila mama..hahaha..harituh baba bawak aqilah tidor kat Wyoming..rumah kawan untuk settle kan satu benda..mama kat rumah ngan abg muiz..baba bawak aqilah...satu hari aqilah tkde..rasa sunyi hidup...heheh...itu fitrah mama...seronok main ngan anak-anak walaupon penat...seronok masak utk family walaupun kadang-kadang kaki tkleh jalan sebab terlalu lama berdiri kat dapur...(pagi petang siang malam di dapur...) sapa kata suri rumah tkde keje..sebenarnya suri rumah la paling banyak kerja..dan pekerjaan yang terbaik adalah suri rumah :) penat tapi bahagia kan...so bila dpt rehat cmni..nikmati sepuasnya...saya ada lagi 15 minit utk sebelum diorang semua balik dan nak makan tghri...rehattttt....:)
 
p/s : masih terfikir balik Malaysia nti nak terus jadi suri rumah atau sambung belajar dan kerja...masih dalam pertimbangan..hehehe moga Allah tunjukkan saya jalan yang terbaik..doakan saya...
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..