Thursday, March 7, 2013

ovalette

assalamualaikum wbt

salam senyum buat smua :) semalam saya dah berjaya menukarkan gelaran baby aqilah kepada kakak aqilah..hihihi. saya tanya aqilah sndiri..mana satu dia nak? baby or kakak? dia jawab "mama,i'm kakak aqilah" yeayyyy..sebab apa tau...dia dah ada baby elmo..tido,makan,main smua benda dgn baby elmo...kadang2 bangun nangis tgh malam,cari baby elmo..alahai...jadi dia macam pelik mama  panggil dia baby aqilah...saya memang panggil dia baby..dulu ok jer..2 hari lepas dia start mempersoalkan kenapa mama panggil dia baby aqilah.."i'm not baby anymore mama,baby is for elmo..baby elmo" aqilah mama dah besar rupanya...tp potty training blum lulus hehehe,,ogos nih dah nak masuk school in sha Allah...kakak aqilah...dah ready nak jadi kakak kot..mama dia jer blum ready untuk menjadikan dia kakak hihihi..tunggu yer kakak aqilah..masanya akan tiba..:)
 
nak kongsi satu benda ngan kawan-kawan...sekarang nih musim mengekek..banyak resepi kek guna ovelette kan..cari kat US ni tk jumpa la...terpikir jugak nak tahu apa ke benda nih..so saya search la...jumpa mcm2 artikel pasal nih kan...saya copy kat sini...
 
 
gambar nih saya ambik dari intenet...

sumber dia saya dpt dari sini

Tahukah anda sebenarnya ovalette itu diperbuat dari Monoglyceride, Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air. Rajin2 la menyemak label apabila membeli produk dipasaran. Tetapi perlu lebih berhati2 apabila membeli bahan mentah di kedai menjual bahan bakeri kerana kebanyakan bahannya adalah dipek semula untuk pembungkusan yang lebih kecil dan biasanya tiada sebarang label.

Bahan2 utama yang terkandung dalam ovalette itu adalah terdiri dari sumber lemak yang berkemungkinan lemak haiwan atau lemak tumbuhan iaitu Monoglyceride dan Polyglycerol. Sekiranya bahan tersebut sah dari sumber tumbuhan dan terdapat pengesahan HALAL pada produk tersebut, insyaallah ianya dijamin halal. Namun sekiranya sumbernya tidak dinyatakan dan ditambah pula tiada pengesahan halal, maka berkemungkinan besar produk itu tidak halal. Kemungkinan besar sumber lemak diperolehi dari lemak babi atau lemak haiwan yang tidak disembelih mengikut perundangan islam.

Adakah anda penggemar sponge cake, pembuat kek atau penjual kek? Selepas membaca tulisan di atas, adakah anda masih tidak kisah untuk membeli bahan-bahan membuat kek secara membuta tuli tanpa mengetahui status halal haram sesuatu bahan itu. Jadilah pengguna bijak. Ketahui apa yang anda akan masukkan ke dalam mulut anda atau mulut anak2 anda.

Ini hanya salah satu bahan yang biasa kita gunakan. Banyak lagi bahan yang kita perlu tahu dan berhati2 semasa membeli dan menggunakannya.


p/s : harituh saya buat kuih seri ayu tk pakai pon benda nih..ok jer..tapi kene pkul telor tuh mati-matian la..sampai putih betulll memang lama...baru lembut kuih hahaha..nasib baik tk mati...kih kih kih...nak buat kek span pon tk pakai pon tkpe tapi mcm saya ckp tadi la...pkul telor tuh mati-matian..heheeh orang panggil  "meringue" (yg asing putih telor dari kuningnya) betul ke tak entah ejaan saya nih...in sha allah kek akan lembutttt...cuma malas la nak pkul lama2 kan..penat...baik penat tapi halal daripada rilek tapi shubhah (kalu malas guna la stand mixer..) ovalette nih shubhah sebab kita tak tau kehalalannya...bila benda shubhat elok kita jauhkan kan kan?? hehehe tapi kalu jumpa kat kedai ada dia tulis vegetable monoglyceride...haaa..itu in sha Allah..gunakan tanpa was-was hehee

sekian...

No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..