Friday, March 29, 2013

spring break kami

Assalamualaikum wbt
 
 
salam smua...sambil hilangkan penat letih mengejar budak3  nih..dan lg nak buka blog..update jap..hehehe terapi ..tenang bila tgok warna blog nih hihihi...nak tahu apa kami buat spring break...walaupun sgt pendek (2 hari satu malam jer) sebab kondisi mama tk berapa mengizinkan..huk huk..nak tahu kenapa?? jom kita tgok gambar jelah...
 
kami pergi Colorado spring jer...hanya 2 jam daripada rumah..hehehe..dekat..dua tempat jer sempat pergi...yang pertama SEVEN FALLS..sini masuk kena bayar $19 jer utk kami 4 beranak...


tgh jalan nak ke seven falls

 

 

air terjun yang tk berapa nak terjun sebab beku hihihih
 
air yg dah terjun sebenar nya tapi jadi salji..beku hehehe

 
 
menuju ke elevator

tak payah duk pnjt bukit tinggi2 nak tgok air terjun bertingkat2 ..guna ni jer  best kan hihihi (utk orang yg malas macam saya)
 
kami berempat...
 
kami berdua jer..budak2 dlm kete nonton dora...
 
itu tempat pertama (cewahhh..mcm banyak sgt tempat) hahaha..lepas naik bukit tgok air terjun..maka kami turun bukit dan naik bukit lagi utk pergi ke Cheyenne Mountain Zoo...jujur saya katakan inilah first time saya masuk Zoo...hahaha kelakar kan..masuk sini kena bayar $38 utk kami beranak...berbukit-bukit Zoo nyer..tapi yang best nyer ada juga elevator...
 
 
ada benda nih...suami saya suka..dia ajak naikkkkk..ohh tidakkkkkkk...saya rasa kalu saya naik..ada 2 benda bakal berlaku..samada saya terjun turun atau saya akan muntah..huhuh saya gayat orangnyer..sama mcam Muiz..huk huk

 
first time tgok zirafah....

tinggi nyerrr...kalu kita duk dekat ngan pagar tuh..dia akan jilat kepala kita huhuhuh lariiiiiiiiii
 

nih peberet Muiz..masuk zoo..binatang dia cari gajah la...hehhee

aqilah tu duk bercakap ngan gajah...duk tnya gajah tuh nak pop corn tak? hihihhi

 

 

lepas tgok binatang bawak muiz aqilah naik benda nih..saya tknak..pening...budak2 sukala..bapak budak pon suka hihihi

waaa..tgok nih..dekat jer boleh tgok tapi tokleh sentuh la hehhe

 

 
ini jelah tmpt yg sempat di lawati..petang hari ke 2 trus balik...saya sebenarnya kena eczema dekat Muka..perasan tak..cuba tgok betul2 dekat bibir mulut dan dagu saya...merah2 dan kering..dan sesungguhnya ia teramat sakit..kebetulan masa pergi tuh lupa nak bawak ubat..sebab tula cepat2 nak balikk..tak tahan...gatal , sakit dan sebagainya.sebab tuh masukkan gambar yang jauh2 jer..hehehe takut Nampak muka yang tk cantik nih hehehe...
 
babai....tunggu break seterusnya lah untuk berjalan...kalu rajin..
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

kalendar islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

doaku seorang isteri.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..